Acar Buah
Bahan-Bahan:
600 gm buah-buahan jeruk (asam boi, prun, aprikot dan ceri)
2 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia 1 tin kecil tomato puri
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
½ cawan minyak untuk menumis
Cara:
Bawang putih dan bawang besar serta halia dikisar halus.
Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar tadi hingga garing.
Kemudian masukkan tomato puri, rempah kari, gula, garam dan cuka.
Biarkan mendidih dan masukkan buah-buahan jeruk.
Kacau rata dan bolehlah diangkat.
Sumber : http://stayerkiller.tripod.com/acar.html
No comments:
Post a Comment