Showing posts with label Directory. Show all posts
Showing posts with label Directory. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

http://belumbaru.kkgri.edu.my/default.asp?id=3&mnu=3

Wan Hafizi Bin Wan Ibrahim. Seorang pemuda yang mempunyai wawasan dan semangat usawan. Pihak RISDA Daerah Gerik telah menghantar Wan Hafizi mengikuti kursus membela kambing. Dengan bermodalkan bantuan RISDA sebanyak Rm10,000.00 dan modal sendiri lebih kurang Rm10,000.00, beliau telah memulakan ternakan kambing di dalam kebun getahnya seluas lebih kurang 4.5 ekar di kampung Belum Baru sejak  17 Jun 2008 yang lalu.  Ladang ternakan dan kandang yang disediakan boleh menampung 200 kambing dalam satu-satu masa. Buat permulaan beliau kini membela 28 ekor sebagai induk. Dijangkakan belaannya akan meningkat berlipat kali ganda hasil dari kelahiran baka induk yang ada dan juga dari penambahan baka yang akan dijalankan dari masa kesemasa.


Sumber : http://belumbaru.kkgri.edu.my/default.asp?id=3&mnu=3

Wednesday, December 22, 2010

http://hasilkampung.com/hkori/

Wawasan kami ialah untuk menjadikan laman web ini sebagai pusat pengumpulan maya produk kampung seluruh Malaysia sebagai satu kaedah membantu pengusaha dan pemilik produk kampung mempromosikan produk mereka dengan lebih menyeluruh dan berkesan. Pendaftaran adalah PERCUMA..

Cara daftar keahlian/produk? Sila klik Panduan untuk maklumat selanjutnya.



Sumber : http://hasilkampung.com/hkori/

http://www.ekommaju.org.my/

Portal E-Komuniti PPAS (ekommaju) ialah satu gerbang Komuniti Negeri Selangor yang menempatkan semua komuniti di bawah satu platform bagi memudahkan mereka berkomunikasi,berinteraksi, berbincang, bertukar maklumat, mencari dan menyebar ilmu serta berniaga.
Pembangunan portal ini sesuai dengan peranan perpustakaan sebagai sebuah institusi yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat awam.  Ekommaju akan menempatkan beberapa platform seperti laman-laman web belia, wanita, kanak-kanak, remaja, kelab, persatuan dan sebagainya, termasuk juga platform E-Learning (JEJAK IT), IKS, kedai-kedai, pejabat-pejabat, kilang-kilang dan sebentuknya.
Untuk peringkat awal ini, PPAS menyediakan platform IKS yang memfokuskan platform perniagaan oleh SME (Small Medium Enterprise) atau Industri Kecil Sederhana. Portal ini akan
# Memaparkan maklumat tentang aktiviti IKS
# Memberi peluang kepada usahawan untuk berinteraksi
# Mempromosikan produk keluaran mereka secara terus dengan cepat dan tepat kepada pengguna.
# Menawarkan  tempahan produk yang diminati secara on-line (terus) kepada pengguna

Layarilah http://www.ekommaju.org.my

Directori Usahawan

Sila masukkan sama ada nama barangan, usahawan atau syarikat untuk memudahkan anda mencari di bahagian SEARCH BLOG yang terdapat di atas.

Sumber :  http://www.produkusahawan.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...