Showing posts with label Telur Masin. Show all posts
Showing posts with label Telur Masin. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/2010/08/cara-buat-telur-itik-masin-dan-telur.html

Cara Buat Telur Itik Masin Dan Telur Pekasam

Kali ni kami cuba berkongsi bagaimana nak buat Telur Itik pekasam dan Telur itik masin gunakan sekam padi..Harap dapatlah korang mencubanya ye..Sebenarnya nak buatnya amat senang sekali..

Pekasam Telur Itik Masin

Bahan-bahan
6 biji Telur Itik
Garam kasar dalam ½ hingga 1 cawan (150 gram garam)
½ liter air

Cara-caranya ialah
Bersihkan dengan span telur tersebut terlebih dahulu dari segala kekotoran
Didihkan air, masukkan garam dan kacau hingga garam tersebut larut
( caranya masukkan sedikit demi sedikit garam tersebut sehinggalah garam tersebut tak larut.. ini tandanya air garam tersebut sudah masin lah)
Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
Ambil bekas seperti balang plastik susun telur tersebut kedalam balang tersebut kemudian masukkan air garam yang disejukkan tadi ke dalam balang. Pastikan telur tersebut tenggelam dan tutup bekas tersebut.. tulislah haribulan/tarikh dibotol agar kita tak lupa tarikh memula kita mula buat untuk tahu tahap kemasinan telur.Kalau simpan jangan plak simpan dalam peti sejuk ye.
Selepas 2 ke 3 minggu , bolehlah telur tersebut di masak atau direbus...
Telur Masin Sekam Padi
Bahan-bahan
Telur Itik 20 biji
Serbuk Sekam padi dibakar
Garam 500 gram
Tanah liat 500gram
Cara-cara membuatnya ialah
Campuran garam dengan tanah liat,( Garam 500 gram dan Tanah liat 500gram)
kemudian basuh bersih telur itik tersebut .. Tumbuk tanah liat bersama garam tersebut atau adunkan air garam dan tanah liat sehingga adunan tersebut benar-benar sebati.. Salutkan telur dengan bancuhan tanah liat. kemudian golekkan atas sekam padi sehingga rata ... kepal-kepalkan telut tersebut supaya bersalut pada telur tersebut. Tekan-tekan telur tersebut supaya bancuhan sekam garam tanah liat itu padat , kemudian susun baik-baik dan simpan didalam tempat simpanan sama ada di susun dan simpan dalam kotak kayu.. Telur tersebut di simpan selama 25 hingga 30 hari sebelum dijual...kalau boleh dalam masa 10 hari cuba korang test dulu rasa kemasinan telur tersebut ...Kalau kurang masin lagi simpan lagi dalam seminggu... cuba lagi rasa tahap kemasinan telur itik tersebut ... . 
 

http://www.jphpk.gov.my/Malay/PANDUAN%20MEMPROSES%20TELUR%20MASIN.htm

PANDUAN MEMPROSES TELUR MASIN
Pendahuluan
Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.
Bahan Mentah
Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-
BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25
Cara memproses
   Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
   Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
   Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
   Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
   Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
   Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
   Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 - 30 hari sebelum dijual. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...