Sunday, December 19, 2010

http://www.slideshare.net/rossa110680/pengenalan-kepada-keusahawanan

Pengenalan kepada keusahawanan - Document Transcript

PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN 1.0 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. 1.1 DEFINISI USAHAWAN. Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagaipedagangmanakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga. Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan. Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:- 1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. 2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya. 3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.

Seterusnya : http://www.slideshare.net/rossa110680/pengenalan-kepada-keusahawanan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...