Monday, December 20, 2010

http://bujangselamber.blogspot.com/2009/06/mesin-pembuat-makanan-ikan-pellet.html

Mesin pembuat Makanan Ikan (Pellet)

Semua sedia maklum salah satu Penternak Ikan terutama sekali penternak ikan keli ialah Makanan serta masalah Pembeli(Pemborong) yang selalunya mengambil kesempatan tanpa memperdulikan kepayahan penternak serta harga bahan mentah yang saban hari menekan para penternak yang baru merangkak seperti saya. Walaupun pada mulanya nampak jalan yang boleh memberi pulangan yang baik tapi apakan daya nasib kadang2 tidak menyebelahi kita. 
Walaupun begitu kita tidak seharusnya termenung mengenangkan nasik tapi seharusnya kita memandang ke hadapan dan mencari jalan bagaimana untuk kita mengubah nasib kita demi menjayakan cita2 kita sehingga berjaya. Apa2 pun yang penting ialah jangan mudah putus asa dan cari jalan penyelesaian walaupun kita terpaksa bersusah payah dahulu. Rata2 kita tahu yang ekonimi sekarang ini bukan lah masa yang terbaik untuk kita tapi harapan saya kepada rakan2 semua supaya dapat bertahan dan cari jalan yang terbaik untuk kita berjaya!!!!

Di sini saya sertakan gambar Mesin Membuat makanan Ikan(Pallet) untuk rakan2 bantu saya mendapatkan sebutharga untuk mesin ini. Puas dah saya mencari tapi ada yang kata kene import dari Korea, ada yang cakap kene beli dari China dan ada juga yang cakap ada di Malaysia. Harap kepada rakan2 yang tahu mengenai kedua2 alat ini supaya dapat memberitahu saya supaya saya dapatkan sebutharga untuk tujuan Loan dan sebagainya.... Kertas kerja untuk pembinaan sebuah kilang pembuatan makanan ikan sudah saya siapkan dan hanya Sebutharga Mesin ini sahaja yang membantutkan usaha saya ini. Bila dah ada Mesin boleh la buat makanan sendiri dan insyallah dapat kurangkan kos dan boleh la kengkawan belajar dari saya pula....Insyallah. Apa2 pun yang penting kita harus saling bantu membantu dan saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk sama2 kita berjaya.....Insyallah...

Gambar Mesin membuat Pallet, Lengkap dengan pengadun bahan serta Pembentukkan Pallet.

Oven, Tempat pengeringan Pallet yang baru diproses.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...