Sunday, December 19, 2010

http://www.cikguiti.com/info-it/frontpages/135-5-tip-perniagaan-dari-ayam-a-itik

Salam & hai semua,

Jika anda merupakan pembaca setia blog ini, maka anda dapat perhatikan cukup banyak peribahasa Inggeris yang telah saya gunakan untuk mengukuhkan sesuatu entri. Namun, hari ini saya ingin mengajak anda berbicara mengenai satu peribahasa Melayu yang berkaitan dengan ayam.

Ayam bertelur sebiji, riuh sekampung.



Setahu saya, peribahasa di atas dicipta agar kita tidak meniru perwatakkan ayam yang terlalu riuh walaupun hanya bertelur sebiji. Namun di dalam konteks bisnes, saya rasa kita perlu mengikut perwatakkan ayam.

Telur Ayam Versus Itik?



Satu soalan ringkas saya kepada anda, di dalam dunia ini, telur ayam atau telur itik yang paling laku?

Jawapan yang tepat ialah telur ayam. Beberapa fakta ringkas ialah telur itik lebih besar berbanding telur ayam dan mengikut kajian saintifik, telur itik lebih berkhasiat berbanding telur ayam.

Di sini jelas bahawa telur itik jauh lebih baik berbanding telur ayam. Namun, telur ayam tetap menjadi telur best-seller di dalam dunia ini. Ha ha ha!

5 Tip Perniagaan Yang Kita Boleh Pelajari



Nah, banyak perkara yang kita dapat belajar daripada kisah ayam versus itik ini. Antaranya ialah:
  1. Jangan gusar walaupun produk anda tidak bagus - Jangan risau jika produk anda tidak sebaik pesaing anda. Gandakan pemasaran dan anda akan jadi pemenang. Lihat bagaimana ayam menyebarkan berita mengenai telurnya hingga riuh satu kampung.
  2. Jangan abaikan aspek penjenamaan - Di dalam perniagaan, jangan sesekali abaikan aspek penjenamaan walaupun anda fikir bahawa produk anda adalah yang terbaik di dalam dunia dan semua orang memerlukan produk anda. Lihat bagaimana itik mempunyai produk yang lebih bagus tetapi tetap kalah dengan ayam.
  3. Yakin dengan produk sendiri - Ramai para usahawan takut untuk memasarkan produk mereka secara besar-besaran kerana mereka fikir bahawa produk mereka belum cukup bagus untuk digunakan. Lihat bagaimana ayam begitu yakin dengan telurnya walaupun telur itik lebih berkhasiat dan besar.
  4. Tidak perlu tunggu produk anda sempurna - Ramai usahawan yang tunggu sehingga produk mereka sempurna barulah hendak menjualnya kepada orang ramai. Sedarlah bahawa tiada istilah sempurna di dalam penciptaan produk. Lihat bagaimana ayam yang terus memasarkan telurnya sejurus sahaja bertelur.
  5. Pedulikan kata-kata negatif orang - Sebagai usahawan kita tidak perlu terlalu mendengar kata-kata negatif orang terhadap tindakan yang kita ambil. Percaya dan yakinlah dengan jalan yang telah kita pilih. Lihatlah ayam yang sentiasa steady & kool walaupun manusia tidak suka dengan sikap ayam yang riuh sekampung walaupun hanya bertelur sebiji. Itulah pemasaran.

    Hanya Sekadar Menghibur & Mendidik


    Itu sahaja, 4 tip perniagaan yang kita boleh belajar daripada kisah ayam versus itik ini. He he he! Entri ini hanya digarap untuk menghiburkan pembaca blog ini sahaja. Namun, jika kita perhatikan ada benarnya juga, banyak yang kita boleh belajar daripada ayam kan?
Sumber : http://www.cikguiti.com/info-it/frontpages/135-5-tip-perniagaan-dari-ayam-a-itik

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...