Monday, December 20, 2010

http://hanieliza.fotopages.com/?entry=895712

Acar Buah




menjelang posa selalunya kakliza buat jualan acar buah ni...



memang sedap bila ada acar ni waktu sahur..
kalau kakliza dan asben bersahur ada acar buah dan telur masin..sedikit sayur salad dah cukup ..
le ni anak2 pulak mmg tak tinggal nak acar masa sahur...

teringat masa kakliza baru kawin dulu selalu Mak mertua belikan dari sedara dia untuk bagi pada kkliza..
dan juga dia bagi bekal untuk kakliza bawa p UK..hanya 250 gram saja..habis dalam 3 ari..
mana taknya kakliza dan asben makan ngan telur rebus..buat sandwich masa kami menginap kat hotel..
so lepas tu mmg niat nak belajar buat..

then selepas beberapa tahun ada seorang saudara asben kakliza supply acar kismis semasa wedding adik ipar..
apa lagi kakliza pun mintalah resepi..
tapi dia hanya bagi resepi acar kismis..yg mana kakliza kurang minat..
then kakliza try olah bahan2 tu dan campurkan dengan buah2 jeruk saperi belimbing buluh kecut..jeruk mangga..buah pala..lobak asin dan buah2 jeruk lain..
pada mulanya kakliza buat hanya untuk makan sendiri..kasi adik beradik..
tapi lama-kelamaan masing2 bertanyakan acar buah..
so kakliza pun mula memasak dan buat jualan..
selalunya mmg kakliza buat banyak kali ..setiap kali tu mencicah 10 kilo bahan..
bayangkan kakliza buat sensorang..mmg jenuh nak potong bahan tu..
tapi acar ni satu jer pantang ..masa masak..jangan masukkan air sikit pun..
garvy [kuah tu] adalah terhasil dari campuran cili mesin, gula dan cuka..masak ngan api yg kecil dan selalu kena kacau..
sambal [cili mesin] yg ditumiskan tu mmg kena masak lama..sampai berjam dengn api kecil untuk menjamin ketahanan acar ni supaya tidak basi walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk..
satu lagi..masak acar mmg gunakan minyak yg banyakk. ini adalah untuk menghalang kekeringan pada acar buah tu..cuma masa makan tu ceduklah buah2 dan sambal saja..minyak tu just tinggalkan dalam bekas tu supaya baki acar tu sentiasa nampak basah..

setakat ni acar kkliza mmg tahan lama.. saja kakliza biarkan kat luar dalam bekas2 yg kakliza jual tu untukmenguji ketahanannya..
percaya tak acar tu tahan sampai lebih 6 bulan..

masa kakliza baru bergiat dalam forum dan berkenalan ngan org siber..kakliza masak acar dan packed 300 gram dan poslaju pada depa..
sampai Sabah Sarawak kakliza hantar..just free for testing..
tapi le ni..kakliza buat hanya untuk jualan kat kawasan kak liza tinggal saja..




ACAR BUAH

Bahan

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi. 


Sumber : http://hanieliza.fotopages.com/?entry=895712






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...