Wednesday, December 22, 2010

http://www.ekommaju.org.my/

Portal E-Komuniti PPAS (ekommaju) ialah satu gerbang Komuniti Negeri Selangor yang menempatkan semua komuniti di bawah satu platform bagi memudahkan mereka berkomunikasi,berinteraksi, berbincang, bertukar maklumat, mencari dan menyebar ilmu serta berniaga.
Pembangunan portal ini sesuai dengan peranan perpustakaan sebagai sebuah institusi yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat awam.  Ekommaju akan menempatkan beberapa platform seperti laman-laman web belia, wanita, kanak-kanak, remaja, kelab, persatuan dan sebagainya, termasuk juga platform E-Learning (JEJAK IT), IKS, kedai-kedai, pejabat-pejabat, kilang-kilang dan sebentuknya.
Untuk peringkat awal ini, PPAS menyediakan platform IKS yang memfokuskan platform perniagaan oleh SME (Small Medium Enterprise) atau Industri Kecil Sederhana. Portal ini akan
# Memaparkan maklumat tentang aktiviti IKS
# Memberi peluang kepada usahawan untuk berinteraksi
# Mempromosikan produk keluaran mereka secara terus dengan cepat dan tepat kepada pengguna.
# Menawarkan  tempahan produk yang diminati secara on-line (terus) kepada pengguna

Layarilah http://www.ekommaju.org.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...